Search

Ask Google All About Education

Google

Guru Besar

En.Harun Bin Hussain

Berita Kelab Warga

Biro Sukan

Jom Borak-Borak



You must be a registered user to shout!
Get your account here!

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday99
mod_vvisit_counterYesterday96
mod_vvisit_counterThis week99
mod_vvisit_counterThis month773
mod_vvisit_counterAll27329

Total Users

193 Telah Berdaftar
0 Hari Ini
0 Minggu Ini
25 Bulan Ini
Terakhir: jeffs6

Login Form






Hilang Katalaluan?
Tiada akaun lagi? Daftar

Mari Membaca Al-Quran

Bacaan Suci Ayat Al-Quran

Free Reading Articles

Seksa jadi cikgu PDF Cetak Emel
Ditulis oleh suhkri Lot   
Ahad, 04 April 2010


Jawatankuasa khas diberi dua bulan selesai tekanan hidup guru: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas guru yang kini terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk pentadbiran dan perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik pelajar.

Jawatankuasa itu yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai beberapa pegawai pelajaran dan wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan mengenal pasti tahap keseriusan isu berkenaan serta diberi tempoh dua bulan untuk menyelesaikannya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata berdasarkan aduan NUTP, selain tugas mengajar, ada guru terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain.

“NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja setiap Sabtu disebabkan.....
terbabit dengan banyak aktiviti, sedangkan pekeliling yang dikeluarkan membenarkan guru bercuti pada Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan.

“Jadi, kita akan teliti masalah itu kerana tidak mahu tugas hakiki guru, iaitu mendidik pelajar tidak terganggu disebabkan bebanan macam-macam tugas yang terpaksa dibuat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat antara Kementerian Pelajaran dengan NUTP di bangunan Parlimen, semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, jawatankuasa itu akan mengenal pasti punca masalah berkenaan dan mencari penanda aras yang boleh diguna pakai bagi menyelesaikannya.
“Piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi boleh kita contohi,” katanya.

Muhyiddin berkata, kementerian menyedari tugas sebenar guru ialah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, bukannya melakukan tugas tertentu yang sepatutnya dilakukan kerani.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, dasar baru kementerian yang menekankan aspek kokurikulum di sekolah mendapat maklum balas positif daripada NUTP yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.

“NUTP turut menyokong Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan jaringan pendidikan kepada rakyat. Kementerian akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada guru dan rakyat,” katanya.
Sumber : Berita Harian Online
               
Terakhir dikemaskini ( Ahad, 04 April 2010 )
 
< Prev   Seterusnya >

School Ranking

Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals     Free Ads

Adik Hebat



Paka 2

Who's Online

Kami ada 12 tetamu online
     
Admin

Your Support
id: admin

Fakta Minggu Ini

Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 tisasan air liur akan keluar dalam tempoh seminit, iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.

Setiap langkah ke hadapan anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.

Manusia akan hilang sebanyak 50 % deria rasa pada usia 60 tahun.

Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

Saraf ditubuh badan manusia dapat menghantar impuls kira-kira 90 meter sesaat.

Jika semua saluran urat darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi Jalan Raya sepanjang 96,000 km.

Your Browser


skpaka2.com  Best View With:


Mozilla Firefox

Informasi Terkini

Kepada murid-murid atau Ibubapa / Penjaga murid yang ingin mendapat keputusan penuh OTI 1 baru-baru ini boleh download di ruang E-pantau Online (Keputusan OTI 1)
 
Aktiviti Ko-Kurikulum pada tahun ini ialah pada setiap hari Selasa, bermula jam 1.40 ptg hingga 3.40 ptg.Sejam pertama ialah aktiviti Unit Beruniform manakala sejam kedua diselang seli dengan Kelab & Persatuan dan Sukan & Permainan.
 

Foto Aktiviti Sekolah

New Page 1

Pilihan anda

Pelajar seringkali tidak membawa buku teks ke sekolah, tindakan yang perlu diambil.....
 

Laman Pautan

© 2010
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals Top Blogs Ranking
Ranking Web Pendidikan